Cara memajak emas
Cara memajak emas
Salah satu kemudahan apabila anda menyimpan emas adalah anda boleh memajak emas anda untuk dapatkan duit tunai segera, emas simpanan anda boleh dijadikan cagaran kepada pinjaman duit tunai tersebut. Kemudahan arrahnu sangat mudah jika dibandingan dengan pinjaman yg disediakan oleh bank, kelulusan serta merta tanpa perlu penjamin.
Pajakan emas di arrahnu ada tiga faktor utama yg perlu difahami sebelum anda memajak emas anda:
- Marhun.
- Had Gadaian.
- Upah Simpan.
Ketiga-tiga faktor utama ini berbeza di setiap arrahnu, setiap faktor ini mempengaruhi kiraan jumlah bayaran balik (duit tebus) emas anda. Sebelum memajak emas di arrahnu, dapatkan 3 maklumat penting ini terlebih dahulu untuk buat perbandingan dengan arrahnu yg lain. Terdapat banyak arrahnu yg patuh syariah yg anda boleh pilih, arrahnu yg terbaik menawarkan marhun yg tinggi, had gadaian yg tinggi dan upah simpan yg rendah.
ArRahnu POS
Saya kongsikan salah satu arrahnu yg mudah dan banyak cawangan untuk anda, ArRahnu POS yg mempunyai 70 cawangan, ratusan staf terlatih dan sistem yg terkini bagi memudahkan urusan penyimpan emas untuk mendapatkan duit tunai segera. Di bawah adalah tiga faktor penting untuk anda tahu sebelum anda memajak emas anda dengan ArRahnu POS;
1. Marhun di ArRahnu POS mengikut harga emas semasa dunia (spot price), harganya dikemaskini setiap hari untuk memberikan kemudahan bagi anda merancang pelan pajakan dan tebusan dengan lebih tepat. Di bawah adalah contoh marhun mengikut gred ketulenan emas:
2. Had Gadaian maksimum di ArRahnu POS adalah 75% dari marhun, sebagai contoh emas anda dinilaikan berharga RM1,000 maka jumlah pinjaman maksimum yg anda boleh dapat adalah RM750. Emas anda dinilaikan bergantung kepada berat dan ketulenan emas, setiap ketulenan emas mempunyai harga semasa yg tersendiri.
3. Upah Simpan di ArRahnu POS adalah RM0.85 untuk setiap RM100 marhun sebulan, sebagai contoh emas anda dinilaikan berharga RM1,000 maka jumlah upah simpan bagi emas tersebut adalah RM8.50 sebulan. Jika upah simpan dikira mengikut peratusan adalah 1.133% sebulan dan 13.6% setahun. Upah simpan dikira berdasarkan marhun bukan kepada nilai pinjaman, satu angka peratusan yg besar untuk sesuatu pinjaman yg bercagar.
Contoh Surat Pajak ArRahnu POS:
Contoh pengiraan untuk emas 7.12 gram berketulenan 24K seperti di bawah:
1. Marhun:
Jumlah berat: 7.12 gram.
Marhun 24K: 172.54/gram.
Nilai marhun: 7.12 gram x 172.54/gram = RM1,228.48
2. Had Gadaian:
Nilai marhun RM1,228.48 x 75% = RM921 (maksimum)
3. Upah Simpan:
Nilai marhun RM1,228.48/100 x 0.85 = RM10.36/bulan
Bagi anda yg ingin memajak emas pastikan anda mempunyai pelan dan modal yg cukup untuk menebus kembali emas pajakan anda, disiplin diri dan pelan penebusan yg betul amat penting untuk mengelakkan emas anda dari dilelong oleh arrahnu. Tempoh surat pajak adalah maksimum enam bulan dan anda boleh membayar duit pinjaman secara berkala ataupun bayar terus kesemua baki pinjaman, emas boleh dituntut apabila kesemua jumlah pinjaman berserta upah simpan habis dibayar.
Sekian, terima kasih.
Artikel berkaitan:
Post a Comment