Header Ads

Dealership Public Gold


8 Kelebihan Dealer Public Gold

Syarat menjadi Dealer berdaftar Public Gold

Di Public Gold, tiada istilah harga ahli atau bukan ahli. Semua pelanggan, tidak kira mereka adalah pelanggan biasa atau dealer akan dapat menikmati harga rendah yang sama. Samada mahu atau tidak, seseorang pembeli emas di Public Gold akan didaftarkan sebagai dealer sekiranya belian emasnya mencapai tahap layak didaftar sebagai dealer.

Syarat minimum untuk menjadi dealer adalah pembelian emas bernilai RM30,000 dalam satu resit akan melayakkan pembeli secara automatik menjadi dealer Public Gold. Kebiasaannya Public Gold akan membuat Promosi (Dealer Recruitment Drive) untuk menggalakkan penyimpan emas menjadi dealer. Pelbagai kelebihan yg dealer akan dapat diantaranya adalah:

1. Dealer akan menikmati diskaun setiap pembeliannya sendiri dalam bentuk komisyen. Komisyen membolehkan penyimpan emas membeli emas dengan lebih murah untuk tujuan meyimpan atau berniaga. Tiada syarat wajib untuk setiap dealer berjual beli emas, semuanya bergantung kepada pilihan individu untuk menjana pendapatan dengan emas



2. Dealer juga akan menikmati jumlah komisyen yang sama untuk belian pertama orang yang diperkenalkan kepada Public Gold tidak kira orang itu membeli sebagai pelanggan biasa atau dealer. Sekiranya orang yang diperkenalkan itu adalah pelanggan biasa, maka dealer akan terus menikmati jumlah komisyen penuh di atas pada setiap pembelian pelanggan tersebut.

3. Dealer akan mendapat pelbagai kelebihan apabila dealer menjadi introducer kepada pembeli emas baru. Tugas dealer sangat mudah hanya memperkenalkan Public Gold kepada penyimpan emas baru. Segala urusan pembelian dan urusan stok emas diuruskan oleh staf cawangan Public Gold yg terlatih.

4. Dealer akan menikmati Supervisory Incentive pada setiap belian dealer yang diperkenalkan olehnya. Jumlah insentif ini adalah subjektif bergantung kepada tahap dealernya dan juga tahap dealer yang diperkenalkannya.

5. Ada insentif di peringkat kumpulan yang akan dinikmati oleh dealer iaitu 0.15% daripada jumlah keseluruhan pembelian setiap pelanggan dan dealer yang diperkenalkannya kepada Public Gold.

6. Dealer juga akan menikmati 0.3% tambahan keuntungan daripada harga jualan balik item emasnya kepada Public Gold. Sekiranya pembeli terpaksa menjual balik item emasnya kepada Public Gold pada waktu harga belum "balik modal" maka keuntungan tambahan tersebut boleh bertindak sebagai pendekat jurang antara harga jualan balik dan modal asal pembeli.

7. Kelas bimbingan percuma dan berbayar disediakan oleh Public Gold kepada individu yg ingin mendapat pendapatan aktif dan pasif bersama Public Gold, sistem sokongan dan mentor-mentor hebat sentiasa bersedia untuk membantu dealer baru untuk terus berjaya.

8. Dealer juga layak menikmati pelbagai keistimewaan lain yang disediakan khusus oleh Public Gold seperti pakej pelancongan ke luar negara, pakej kereta, Q-bonus dan banyak lagi.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:
  • Jimat susut nilai paling kurang 1.3% – 2.3%.
  • Boleh menjual emas kepada pmbeli dengan harga PG Sell.
  • Boleh membeli emas dengan lebih murah 6%-9% (susut nilai).
  • Untung berganda bila memperkenalkan orang lain membeli emas dengan Public Gold.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

No comments