Benchmark Harga
Benchmark Harga
Goldbar 1 gram edisi Newborn. |
Ramai diantara kita yg ingin menyimpan emas dengan harga yg murah tetapi berapakah harga emas yg dikatakan murah tersebut? Persoalan ini amat biasa kepada semua orang mahu mula menyimpan emas, anda tidak akan tahu berapa murah harga emas yg anda akan beli jika anda belum mula dengan 1 gram pertama.
1 gram pertama ini boleh dijadikan benchmark harga (penanda aras) bagi menentukan harga emas yg anda beli samada ianya murah ataupun mahal, 1 gram pertama juga penting untuk anda lebih mengenali emas kerana selepas anda mula menyimpan emas secara automatik anda akan berusaha untuk mencari ilmu berkaitan dengan keuntungan simpan emas dengan lebih mendalam.
Soal harga emas adalah sangat subjektif bagi setiap penyimpan emas, ada yg menyatakan RM180 per gram adalah murah kerana harga semasa emas hari ini adalah RM193 per gram. Disebabkan pembelian pertamanya adalah RM180 per gram maka harga tersebut adalah murah baginya, berbeza pula pada orang yg membuat pembelian pertama pada harga RM150 per gram akan menyatakan RM180 per gram adalah mahal berbanding pembelian pertamanya. Konsepnya mudah selagi anda tidak bermula membeli 1 gram pertama selagi itu anda tiada penanda aras bagi harga emas samada ianya murah ataupun mahal.
Contoh resit pembelian emas 3 gram melalui akaun GAP. |
Saya kongsikan benchmark harga emas pembelian pertama saya melalui akaun GAP pada tahun 2015 cuma bernilai RM147 per gram, pembelian 3 gram pertama bernilai RM441 telah menjadi benchmark harga kepada saya. Harga RM147 per gram tidak murah pada hari pembelian tersebut tetapi menjadi murah pada hari ini, begitulah setiap harga emas yg anda beli pada hari ini akan jadi murah pada masa depan. Segalanya bermula dengan 1 tindakan yg saya sendiri cuba-cuba buat dan ianya berbaloi dengan adanya ilmu emas yg betul hari ini, simpan emas dengan ada ilmu lebih untung. Kesimpulannya setiap masa bila berduit adalah waktu yg sesuai untuk membeli emas.
Sekian, terima kasih.
Artikel berkaitan:
Post a Comment