Satu Gram Pertama
Setiap orang akan memerlukan lebih perhatian dan fokus untuk melakukan sesuatu yg baru, setiap langkah diatur dengan penuh perancangan untuk menghasilkan hasil yg terbaik. Semua ilmu dan perancangan mestilah dilaksanakan sebaiknya, tanpa tindakan semuanya adalah sia-sia. Saya kongsikan kepada anda 3 sebab utama anda perlu bermula simpan emas dengan 1 gram.
Benchmark Harga
Pembelian emas yg pertama amat penting untuk menentukan "how low is low" dan "how high is high" harga emas, tanpa pembelian pertama anda tidak akan tahu berapa harga emas rendah atau mahal disebabkan anda tiada satu penanda aras harga emas anda sendiri. Harga emas adalah subjektif bagi setiap penyimpan emas, semuanya betul berdasarkan emas pertama yg mereka beli. Saya kongsikan satu contoh mudah;
Ahmad beli emas 1 gram pada harga RM150 dan selepas itu Maslan beli emas pada harga RM190, pada emas semasa RM180/gram Ahmad menyatakan emas yg dibelinya dulu adalah murah dan Maslan menyatakan emas yg dibelinya dulu mahal berbanding dengan harga semasa. Penyataan Ahmad dan Maslan betul dan tepat berdasarkan 2 penanda aras yg berbeza, persamaan yg ada pada Ahmad dan Maslan adalah mereka bermula menyimpan emas.
Cepat Faham
Ramai penyimpan emas yg mula simpan emas hanya mempunyai ilmu asas emas, pembelian emas yg pertama memberikan pengalaman bagaimana perasaannya simpan emas dan menjadikan anda lebih bersemangat untuk mencari ilmu berkaitan emas supaya simpanan emas anda boleh dimanfaatkan sehabis baik. Semakin anda mencari ilmu emas semakin kuat perasan anda ingin menyimpan emas dan bila anda sudah faham apa itu emas, simpanan emas anda telah banyak terkumpul semasa proses pembelajaran tersebut. Saya kongsikan satu fakta menarik untuk anda; "Belum ada orang jatuh miskin disebabkan 1 gram emas, tapi ramai yg kekal kaya disebabkan bermula dengan 1 gram emas".
Motivasi
Setiap perkara yg anda buat seharian memerlukan kekuatan emosi untuk bermula, setelah bermula dengan langkah pertama segalanya seakan secara automatik menjadi mudah. Emas anda pertama akan menjadi "baby step" untuk anda mengumpul gram emas yg seterusnya, anda yg bermula dengan 1 gram akan menyedari pembelian tersebut adalah satu usaha untuk mencapai 1 kilogram emas yg pertama anda!
Post a Comment