Header Ads

Matlamat Simpanan


"My life is like a speeding bullet that just hasn't hit the target yet."


Setiap perkara yg anda mahu lakukan mestilah mempunyai matlamat yg jelas, ianya salah satu proses dalam menjayakan perkara yg anda mahu lakukan. Begitu juga jika anda menyimpan emas yg mempunyai matlamat lebih mudah untuk mencapai matlamat tersebut berbanding penyimpan yg tiada matlamat, soal lambat atau cepat sahaja menjadi persoalan. Saya kongsikan 3 perkara utama untuk anda patut lakukan sebagai langkah bijak dalam mengumpul emas:

1. Matlamat.
Perkara pertama yg anda patut buat adalah tetapkan 1 matlamat yg jelas, kalau boleh print dan tampal matlamat tu di tempat yg anda selalu nampak. Kahwin, umrah, haji, beli rumah, PTPTN dan bayar hutang adalah matlamat yg sesuai untuk simpanan emas. Sandarkan nilai emas kepada jumlah duit tunai yg ingin anda kumpul, 100 gram emas bersamaan dengan ±RM18,000 duit tunai hari ini.

2. Action Plan.
Langkah seterusnya adalah sediakan satu kaedah dan dateline untuk matlamat yg anda telah tetapkan, buat satu action plan dan dateline yg realistik dan tidak membebankan sesuai dengan kewangan semasa anda. Pastikan action plan anda konsisten setiap bulan untuk mendisiplinkan diri anda.

3. Tindakan.
Langkah terakhir adalah tindakan anda melaksanakan setiap action plan mengikut dateline yg telah ditetapkan, disiplin dan komitmen yg tinggi diperlukan untuk memastikan action plan terlaksana mengikut perancangan asal. Fokus anda mestilah tepat kearah matlamat yg anda tetapkan, anda boleh lakukannya jika anda melihat matlamat anda lebih besar berbanding halangan yg anda hadapi.

Sebagai contoh hari ini anda ada impian hidup anda ingin berkahwin pada tahun 2023 yg memerlukan duit tunai sebanyak RM20,000 sebagai hantaran dan belanja kahwin (matlamat). Anda boleh mengumpul 120 gram emas selama 5 tahun (action plan), dalam masa 5 tahun (60 bulan) anda perlu konsisten mengumpul 2 gram setiap bulan (tindakan) tanpa gagal pasti anda mampu untuk capai target tersebut.

Kesimpulannya, begitu mudah jika anda ada cara yg betul untuk menyimpan bagi mencapai target hidup anda, gunakan emas sebagai alat untuk anda menyimpan duit. Insyaallah dengan simpanan emas anda akan cukup bajet kerana salah satu sifat emas adalah mengekalkan kuasa beli anda di masa depan dan tidak mudah bocor.

Sekian, terima kasih.

No comments