Header Ads

Cara memaksimumkan untung simpanan GAP

Teknik memaksimakan untung  simpanan GAP

Bagi penyimpan emas yg sudah mempunyai akaun GAP saya boleh kongsikan bagaimana anda boleh memaksimumkan keuntungan simpanan emas anda. Cara mudah dan terbaik dengan menggunakan baki gram simpanan anda sahaja.

Keuntungan simpan emas di dalam akaun gap bergantung kepada 2 faktor utama iaitu Gold Premium dan Susut Nilai. Pemilik akaun GAP cuma perlu merancang pengeluaran baki gram dengan sebaiknya. Semakin besar emas fizikal yg dikeluarkan semakin rendah caj premium per gram, apabila emas fizikal yg besar dikeluarkan secara automatik susut nilai emas tersebut menjadi rendah.

Saya kongsikan pengiraan mudah bagi untuk baki gram GAP 101g (baki 1g untuk kekalkan akaun GAP aktif)

Jika penyimpan keluarkan emas fizikal 1g 100 keping;

Premium RM10x100 keping: RM1,000
Spread untuk setiap keping 1g: 9%
Harga PG BUY 1g: RM177
Jumlah jualan 1g 100 keping: RM17,700
Untung bersih 1g 100 keping RM17,700 - RM1,000 = RM16,700

Jika penyimpan keluarkan emas fizikal 100g 1 keping;

Premium RM70 1 keping: RM50
Spread untuk sekeping 100g: 7%
Harga PG BUY 1g: RM17,830
Jumlah jualan 100g sekeping: RM17,830
Untung bersih 100g sekeping RM17,830 - RM70 = RM17,760

Beza harga jualan balik: RM17,760 - RM16,700 = RM1,060

Perbezaan untung RM1,060 untuk 100g yg sama di dalam akaun GAP tetapi kaedah pengeluaran emas fizikal yg berlainan. Perbezaan untung lebih ketara jika penyimpan mengeluarkan emas fizikal 250g ataupun 1000g disebabkan faktor caj premium yg lebih murah per gram dan susut nilai 6%.

Konsep pengiraan ini digunapakai bagi penyimpan yg mengeluarkan 1g sebanyak 100 kali berbanding 100g sekali pengeluaran emas fizikal. Harga belian balik (PG BUY) tertakluk pada harga semasa anda jual tetapi kadar susut nilainya tetap sama bagi 1g 9% dan 100g 7%.


Artikel berkaitan:

No comments