Header Ads

Gold Premium

Gold Premium


Kilang Emas Nadir Metal Refineri
Gold Premium adalah satu kos penghasilan emas fizikal bermula dari proses pengilangan sehingga emas tersebut sampai ke cawangan Public Gold. Emas fizikal Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refineri yg terletak Turki, segala kos pengangkutan dan insurans semasa proses penghantaran stok emas fizikal ke setiap cawangan Public Gold termasuk sekali di dalam caj Gold Premium.

Semakin berat emas fizikal semakin murah harga gold premium per gram, ianya disebabkan faktor kos pembuatan emas yg kecil lebih mahal dari segi kos membuat 'mold', 'minting' dan masa untuk menghasilkan emas fizikal tersebut. Pembuatan 1000g sekeping lebih mudah dan cepat berbanding pembuatan 1000 keping 1 gram, itulah salah satu faktor yg menentukan kos caj gold premium sesuatu emas fizikal.
  • goldbar 1000 gram sekeping cuma RM250: RM0.025 per gram
  • goldbar 1 gram 1000 keping adalah RM10,000 (RM10x1000): RM10 per gram
Penyimpan emas yg bijak akan membeli emas fizikal yg besar untuk jimatkan kos gold premium, kadar susut nilai emas fizikal yg besar lebih rendah (6%). Kedua faktor gold premium dan susut nilai memberikan penyimpan dan pelabur emas keuntungan maksimum, masa untuk menjana keuntungan simpanan dan pelaburan emas pun boleh menjadi singkat.

No comments