Pos ArRahnu
Pos ArRahnu
Pos ArRahnu rakan kongsi Public Gold. |
Pos Malaysia Berhad memulakan memperkenalkan Pembiayaan
Mikro Islam sebagai salah satu perkhidmatan baru kepada penyimpan emas di Malaysia.
Pos ArRahnu Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Jun 2012 dengan pembukaan dua
cawangan pertamanya di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu.
Setakat ini terdapat 70 cawangan Pos ArRahnu dibuka di pejabat pos terpilih di
seluruh negara.
Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan pajak gadai sehingga 75%
daripada nilai emas semasa. Kaedah pembiayaan ini ditawarkan kepada semua
rakyat Malaysia dan warga asing dengan pasport sah. Ia juga dijangka untuk
membantu peniaga-peniaga kecil, keluarga berpendapatan rendah serta kakitangan
kerajaan untuk memanfaatkan sumber kredit yang mudah dalam persekitaran yang
cepat, mudah dan selamat.
Dengan menawarkan pembiayaan tanpa faedah kepada semua
orang, Pos Malaysia meningkatkan tanggungjawab sosial korporatnya ke tahap yang lebih tinggi. Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd dijangka menjadi pemain utama dalam Pembiayaan Perniagaan Mikro Islam dalam tempoh terdekat.
Goldbar dan dinar edisi Pos Malaysia |
Post a Comment