Zakat Emas
Zakat simpanan emas pelaburan seperti goldbar dan dinar bergantung kepada dua faktor;
1. Nisab (timbangan) sebanyak 85 gram(20 dinar).
2. Haul (tempoh) genap setahun kalendar hijrah.
Jika anda sudah mencapai simpanan emas seberat 85 gram, genap setahun selepas itu anda diwajibkan membayar zakat sebanyak 2.215 gram (1/2 dinar) emas. (2.5% dari nilai simpanan emas)
Dalil Al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) seksa yang pedih.
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w
telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap
setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat
(emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang
digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup
haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika
nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap
setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Post a Comment