Header Ads

Public Gold patuh syariah

Sijil Patuh Syariah

Sijil Patuh Syariah.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.

Pada 16 Januari 2017 secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 urusniaga iaitu :
  • Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
  • Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
  • Jualan balik (Buy Back).
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara lani (spot) ketika majlis akad. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini memerlukan situasi yang khusus seperti 3 urusniaga di atas kerana sesuatu hukum agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.


1. Belian biasa dengan bayaran Penuh  (Outright Purchase)

Proses utama dalam urusniaga ini ialah:

  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP)

Proses utama dalam urusniaga ini ialah:

  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas: Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

3. Jualan balik (Buy Back)

Proses utama dalam urusniaga ini ialah:
  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Penyerahan emas: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Pengiktirafan patuh syariah ketiga-tiga urusniaga di atas menjadi penanda aras kepada syarikat emas lain di Malaysia, Public Gold komited untuk memberikan standard yg tinggi kepada semua penyimpan emas setianya. Semoga pengiktirafan ini menjadi titik tolak permulaan kepada lebih banyak urusniaga emas yg patuh syariah pada masa hadapan.


No comments